◆ Sirrul Assar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani ◆
Allah berfirman: “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat 72).
Bukan
buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang
seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan
matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”. (Surah Hajj, ayat
46).
Hati
menjadi buta disebabkan oleh kelalaian, yang membuat seseorang lupa
kepada Allah dan lupa kepada kewajipan mereka, tujuan mereka, ikrar
mereka dengan Allah, ketika mereka masih berada di dalam dunia. Sebab
utama kelalaian adalah kejahilam terhadap hakikat (kebenaran)
undangundang dan peraturan Tuhan. Apa yang menyebabkan seseorang itu
berterusan di dalam kejahilam ialah kegelapan yang menyeluruh menutupi
seseorang dari luar dan sepenuhnya menguasai batinnya. Sebahagian
daripada nilai-nilai itu yang mendatangkan kegelapan ialah sifat-sifat
angkuh, sombong, megah, dengki, bakhil, dendam, bohong, mengumpat,
fitnah dan lain-lain sifat keji. Sifat-sifat yang keji itulah yang
merendahkan ciptaan Tuhan yang sangat baik sehingga jatuh kepada tahap
yang paling rendah.
Untuk
membebaskan seseorang daripada kejahatan itu dia perlu menyucikan dan
menyinarkan cermin hatinya. Penyucian ini dilakukan dengan mendapatkan
pengetahuan, dengan beramal menurut pengetahuan itu, dengan usaha dan
keberanian, melawan ego diri, menghapuskan yang banyak pada diri,
mencapai keesaan. Perjuangan ini berterusan sehingga hati menjadi hidup
dengan cahaya keesaan – dan dengan cahaya keesaan itu mata bagi hati
yang suci akan melihat hakikat sifat-sifat Allah di sekeliling dan pada
dirinya.
Hanya
selepas itu baharu kamu ingat akan kediaman kamu yang sebenar yang
darinya kamu datang. Kemudian kamu akan ada rasa kerinduan dan keinginan
untuk kembali kepada rumah kediaman yang sebenar, dengan pertolongan
Yang Maha Mengasihani roh suci pada diri kamu akan menyatu dengan-Nya.
Bila
sifat-sifat kegelapan terangkat cahaya mengambil alih tempatnya dan
orang yang memiliki mata rohani akan melihat. Dia mengenali apa yang dia
lihat dengan cahaya nama-nama sifat Ilahiah. Kemudian dirinya dibanjiri
oleh cahaya dan bertukar menjadi cahaya. Cahaya ini masih lagi hijab
menutupi cahaya suci Zat, tetapi masanya akan sampai bila ini juga akan
terangkat, yang tinggal hanya cahaya suci Zat itu sendiri.
Hati
mempunyai dua mata, satu yang sempat dan satu lagi yang luas. Dengan
mata yang sempat seseorang boleh melihat kenyataan sifat-sifat dan
nama-nama Allah. Penglihatan ini berterusan sepanjang perkembangan
kerohaniannya. Mata yang luas melihat hanya kepada apa yang dijadikan
kelihatan oleh cahaya keesaan dan yang esa. Hanya bila seseorang sampai
kepada daerah kehampiran dengan Allah dia akan melihat, di dalam alam
penghabisan bagi kenyataan Zat Allah, Yang Esa dan Mutlak.
Bagi
mencapai makam-makam ini ketika masih di dalam dunia, di dalam
kehidupan ini kamu mestilah membersihkan diri kamu daripada sifat-sifat
keduniaan, yang ego dan keegoan. Jarak yang kamu mengembara di dalam
kenaikan kamu ke arah makam-makam tersebut bergantung kepada sejauh mana
kamu mengasingkan diri daripada hawa nafsu yang rendah dan ego diri
kamu.
Pencapaian
kamu kepada matlamat yang kamu inginkan bukanlah seperti barang
kebendaan sampai ke tempat kebendaan. Ia juga bukan ilmu yang membawa
seseorang kepada sesuatu yang menjadi diketahui (daripada tidak tahu),
juga bukan pertimbangan yang memperolehi apa yang difikirkan, bukan juga
khayalan yang menyatu dengan apa yang dikhayalkan. Matlamat yang kamu
ingin capai ialah kesedaran tentang ketiadaan (kekosongan) kamu daripada
segala sesuatu kecuali Zat Allah. Pencapaian ini adalah perubahan
suasana yang terjadi, bukan perubahan pada sesuatu yang nyata. Di sana
tiada jarak, tiada dekat atau jauh, tiada kesampaian, tiada ukuran,
tiada arah, tiada ruang.
Dia
Maha Besar, segala puji untuk-Nya. Dia Maha Pengampun. Dia menjadi
nyata dalam apa yang Dia sembunyikan daripada kamu. Dia menyatakan
Diri-Nya sebagaimana Dia melabuhkan tirai di antara Dia dengan kamu.
Pengenalan tentang Diri-Nya tersembunyi di dalam ketidakupayaan
mengenali-Nya.
Jika
ada di antara kamu yang sampai kepada cahaya yang diterangkan dalam
buku ini ketika kamu masih lagi berada di dalam dunia, buatlah muhasabah
(hisab) terhadap diri kamu, buku catatan kamu tentang amalan kamu.
Hanya di bawah cahaya kamu boleh melihat apa yang kamu sudah buat dan
sedang buat; buat kiraan kamu, seimbangkannya. Kamu akan membaca buku
catatan kamu di hadapan Tuhan kamu pada hari pembalasan. Itu adalah
muktamad. Kamu tidak ada peluang mengimbanginya di sana . Jika kamu
lakukan di sini ketika kamu masih ada masa, kamu akan termasuk ke dalam
golongan yang diselamatkan. Jika tidak azab dan seksa menjadi bahagian
kamu di akhirat. Hidup ini akan berakhir. Di sana ada azab di dalam
kubur, ada hari pembalasan, ada neraka yang menimbang sehingga kepada
dosa yang paling kecil dan kebaikan yang paling kecil. Kemudian ada
jambatan yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata
pedang, penghujungnya ialah taman, sementara di bawahnya ialah neraka
yang penuh dengan kecelakaan, penderitaan, semuanya adalah berkekalan
apabila kehidupan yang singkat ini berakhir.
_______________
Tidak ada komentar:
Posting Komentar