Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani
Sufi
adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi
dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat,
penyatuan dan keesaan.
Istilah
sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa
berhubung dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai
‘puak yang memakai baju bulu'. Saf, pakaian bulu yang kasar
menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di
dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan
lain-lain. Dalam buku ‘al-Majm' ada dikatakan, “Apa yang terjadi kepada
ahli suluk yang suci ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana
dan hina”. Walaupun mereka kelihatan tidak menarik secara keduniaan
tetapi hikmah kebijaksanaan (makrifat) mereka ternyata pada sifat mereka
yang lemah lembut dan halus, yang menjadikan mereka menarik kepada
sesiapa yang mengenali mereka. Mereka menjadi contoh kepada alam
manusia. Mereka berpandukan ilmu Ilahi. Pada pandangan Tuhan mereka
berada pada martabat pertama kemanusiaan. Dalam pandangan mereka yang
mencari Tuhan puak sufi ini kelihatan cantik walaupun pada zahirnya
buruk. Mereka mesti dikenali dan berupaya mengenali, dan mereka dengan
mesti dengan cara itu iaitu satu dan semua, kerana mereka semua berada
pada makam keesaan dan mesti nyata sebagai satu.
Dalam
bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri daripada
empat huruf – ‘ta', ‘sin', ‘wau' dan ‘pa' (t,s,w,f). Huruf pertama, T,
bermaksud taubat . Ini adalah langkah pertama perlu diambil pada jalan
ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu zahir dan satu batin .
Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan
agar bebas daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk berbuat
kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan, mencari
kesejahteraan dan kedamaian . Taubat batin dilakukan oleh hati.
Penyucian hati daripada hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat
berazam mahu mencapai alam ketuhanan. Taubat – mengawasi kesalahan dan
meninggalkannya, menyedari kebenaran dan berjuang ke arahnya – membawa
seseorang kepada langkah kedua.
Langkah
kedua ialah keadaan aman dan sejahtera, safa . Huruf ‘S' adalah
simbolnya . Dalam peringkat ini juga ada dua langkah perlu diambil.
Pertama ialah ke arah kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah
pusat hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang bebas daripada
kesusahan, keresahan yang disebabkan oleh masalah semua kebendaan ini,
masalah makan, minum, tidur, perkataan yang sia-sia. Dunia ini seumpama
tenaga tarikan bumi, menarik hati ke bawah, dan untuk membebaskan hati
daripada masalah tersebut menyebabkan berlaku tekankan kepada hati. Di
sana ada pula ikatan-ikatan – hawa nafsu dan kehendak, pemilikan,
kasihkan keluarga dan anak-anak – yang mengikat hati seni kepada bumi
dan menghalangnya terbang tinggi.
Cara
membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati Allah.
Pada permulaan ingatkan ini berlaku secara luaran, dengan mengulangi
nama-nama Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan orang lain
boleh mendengarnya. Apabila ingatkan kepada-Nya sudah berterusan
ingatkan tersebut masuk ke dalam hati dan berlaku di dalam senyap. Allah
berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang apabila
disebut (nama) Allah, takutlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan
ayat-ayat Allah menambahkan lagi keimanan mereka, dan kepada Tuhan
merekalah mereka kembali” . (Surah Anfaal, ayat 2).
Takutkan
Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan harap, hormat dan
kasihkan Allah. Dengan ingatan dan ucapan nama-nama Allah hati menjadi
jaga dari ketiduran dan kelalaian, menjadi suci bersih dan bersinar.
Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib menyata di dalam hati. Nabi
s.a.w bersabda, “Ahli ilmu zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan
akal fikirannya sementara ahli ilmu batin sibuk membersihkan dan
menggilap hati mereka”.
Kesejahteraan
pada pusat rahsia bagi hati diperolehi dengan membersihkan hati
daripada segala sesuatu dan menyediakannya untuk menerima Zat Allah
semata-mata yang memenuhi ruang hati apabila hati sudah diperindahkan
dengan kecintaan Allah. Alat pembersihannya ialah berterusan mengingati
dan menyebut di dalam hati, dengan lidah rahsia akan kalimah tauhid “La
ilaha illa Llah”. Bila hati dan pusat hati berada dalam suasana tenang
dan damai maka peringkat kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘s'
selesai.
Huruf
ketiga ‘W' bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian
pencinta-pencinta Allah dan sahabat-sahabat-Nya . Keadaan ini bergantung
kepada kesucian batin. Allah menggambarkan sahabat-sahabat- Nya dengan
firman-Nya: “Ketahuilah, sesungguhnya pembantupembantu Allah tidak ada
ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah
kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat…”. (Surah Yunus, ayat 62 –
64).
Seseorang
yang di dalam kesucian menyedari sepenuhnya tentang Allah,
mencintai-Nya fan berhubungan dengan-Nya. Hasilnya dia diperelokkan
dengan peribadi, akhlak dan perangai yang terbaik. Ini merupakan hadiah
suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w bersabda, “Perhatikanlah
akhlak yang mulia dan berbuatlah sesuai dengannya” . Dalam peringkat
ini orang yang di dalam kesedaran tersebut meninggalkan sifat-sifat
keduniaannya yang sementara dan kelihatanlah dia diliputi oleh
sifat-sifat Ilahi yang suci. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Bila
Aku kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya,
percakapannya, pemegangnya dan perjalanannya”.
Keluarkan
segala-galanya dari hati kamu dan biarkan Allah sahaja yang berada di
sana . “Dan katakanlah telah datang kebenaran dan telah lenyap kepalsuan
kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap”. (Surah Bani Israil,
ayat 81).
Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah peringkat wilayah.
Huruf
keempat ‘F' bermakna fana, lenyap diri sendiri ke dalam ketiadaan. Diri
yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci
memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian yang
banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh satu sahaja sifat keesaan.
Dalam
kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga
berkurangan. Apa yang berlaku adalah orang yang beriman menyedari dan
menjadi satu dengan yang menciptakannya. Dalam suasana berada dengan-
Nya orang yang beriman memperolehi kurniaan-Nya; manusia yang sementara
menemui kewujudan yang sebenar dengan menyedari rahsia abadi. “Semua
akan binasa kecuali Wajah-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88).
Cara
untuk menyedari hakikat ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan
kehendak-Nya. Bila kamu berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya dan
bersesuaian dengan kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan
hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian semua akan lenyap kecuali Yang Esa yang
meredai dan yang Dia diredai, bersatu. Perbuatan baik adalah ibu yang
melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi manusia yang
sebenar-benarnya.
“Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik kepada Allah” . (Surah Fatir, ayat 10).
Jika
seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah
sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain
pada tempat Allah – dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya,
lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang
itu mencapai peringkat bersatu dengan Allah. Allah menggambarkan makam
tersebut: “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam
kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk kebenaran, di
sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).
Tempat
itu ialah tempat bagi hakikat yang penting, hakikat kepada
hakikathakikat, tempat penyatuan dan keesaan. Ia adalah tempat yang
disediakan untuk nabi-nabi, untuk mereka yang dikasihi oleh Allah, untuk
para sahabat- Nya. Allah beserta orang-orang yang benar. Bila kewujudan
bersatu dengan wujud yang abadi ia tidak boleh dipandang sebagai
kewujudan yang terpisah. Bila semua ikatan keduniaan ditanggalkan dan
seseorang itu dalam suasana kesatuan dengan Allah, dengan kebenaran
(hakikat) Ilahi, dia menerima kesucian yang abadi, tidak akan tercemar
lagi, dan masuk ke dalam golongan: “Mereka itu ahli syurga yang kekal di
dalamnya”. (Surah A'raaf, ayat 42).
Mereka adalah: “Orang-orang yang beriman dan beramal salih” . (Surah A'raaf, ayat 42).
Bagaimanapun: “ Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya” . (Surah A'raaf, ayat 42).
Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat: “Dan Allah beserta orang yang sabar” . (Surah Anfaal, ayat 66).
═══════════════
Tidak ada komentar:
Posting Komentar